Watak-watak High School Musical High_School_Musical

Watak utama

Troy Bolton

Troy Bolton (dilakonkan oleh Zac Efron) ialah protagonis lelaki dalam cerita ini dan kapten pasukan bola keranjang East High Wildcats. Sahabat akribnya Chad Danforth. Pada sebuah parti Tahu Baru di tempat peranginan ski, dia tertekan menyanyi lagu 'Start of Something New' bersama Gabriella Montez; sebelum itu, dia hanya bernyanyi di dalam bilik mandi.[1] Troy terpisah antara bola keranjang dan bernyani; dia sebenarnya ingin bernyani bersama Gabriella (seorang perumpuan yang dia sukai), tetapi ahli pasukannya menjahukan Troy daripada nyanian dengan tekanan kumpulan dan juga penipuan kerana mereka risau ia akan melibatkan peluang mereka memenangi kejohanan bola keranjang nanti, kerana Troy anak jurulatih pasukan, kapten Wildcats, dan pemain utama. Troy juga gemar bermain papan salju.

Gabriella Montez

Gabriella Montez (dilakonkan oleh Vanessa Anne Hudgens) ialah protagonis perempuan dalam cerita ini, yang menyukai Troy Bolton dengan diam-diam. Dia seorang pelajar yang pemalu dan cerdik. Pada mulanya, dia bertemu dengan Troy apabila dia terpaksa berduet bersama Troy di sebuah parti Tahun Baru terletak di sebuah tempat peranginan ski. Dia terjumpa dengan Troy lagi sekali, bila dia berpindah sekolah sama Troy di Albuquerque, New Mexico. Dia teragak-agak memberitahu sesiapa pun tentang pencapaian terdahulunya, namun mereka mendapat tahu tentang Gabriella, dengan Internet, bahawa Gabriella pernah memenangi beberapa pertandingan akademik. Sebelumnya, dia seorang ahli koir gereja, tetapi terpengsan akibat renungan para penonton di gereja itu sementara dia bernyani solo. Dia juga menolong East High memenangi Dekatlon Akademik.

Sharpay Evans

Sharpay Evans (dilakonkan oleh Ashley Tisdale) ialah antagonis High School Musical. Sharpay orang hidung tinggi yang selalu mahu mengikut kehendak hatinya. Dia suka menguasai orang dan abang kembarnya Ryan. Dia menguji bakat bersama Ryan bagi muzikal musim sejuk sekolah menentang Troy dan Gabriella.

Ryan Evans

Ryan Evans (dilakonkan oleh Lucas Grabeel) ialah adik kembar dan pasangan melakon Sharpay Evans.

Chad Danforth

Chad Danforth (dilakonkan oleh Corbin Bleu) ialah ahli kumpulan Wildcats sahabat akrib Troy.

Taylor McKessie

Taylor McKessie (dilakonkan oleh Monique Coleman) ialah ketua kelab sains East High, yang bersaing dalam Dekatlon.

Watak lain

  • Ms. Darbus
  • Coach Bolton
  • Kelsi Nielsen
  • Zeke Baylor
  • Jason Cross
  • Martha Cox